September 16, 2010

Syawal 1431H

Assalamualaikum wrt...Sempena bulan Syawal yang mulia ni saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan dan kaum keluarga serta kepada sesiapa sahaja yang sudi singgah sekejap di blog saya yang tak seberapa ni.  Semoga ceria di hari raya bersama keluarga tercinta.

August 30, 2010

Salam MERDEKA untuk semua rakyat Malaysia!....."Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53"



Salam untuk semua.  Alhamdulillah...terasa bersyukur sangat kerana dilahirkan di bumi bertuah Malaysia yang tercinta ni.   Semoga Malaysia akan sentiasa aman dan tenteram...jauhkanlah daripada sebarang kekacauan dan ketidakstabilan yang mampu mengganggu-gugat perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ni.  Kita memang wajib berterima kasih kepada semua tokoh pejuang kemerdekaan yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mencapai sebuah kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara ini.  Hari ini telah 53 tahun negara kita merdeka...oleh itu adakah kita sanggup untuk menghancurkan apa yang telah kita perolehi?  Persoalan inilah yang perlu kita tangani dengan jiwa yang patriotik dan berintegriti!  Kalau bukan kita...siapa lagi yang sepatutnya memelihara imej dan maruah tanahair berdaulat ini?  Atas dasar ini amat penting untuk semua rakyat Malaysia bersatu...lupakan segala perbezaan yang ada...yang penting kita mencapai matlamat yang sama...KEAMANAN!

Sememangnya kita pencinta damai...katakan tidak kepada segala bentuk kekerasan,  penindasan,  kesombongan,  kerakusan dan kezaliman.  Adalah amat malang sekiranya ada di antara kita merasa sangat 'merdeka' untuk melakukan segala kebejatan nafsu serakah haiwani itu tadi...nauzzubillah.  Namun,  hakikat itulah yang dilakukan terhadap saudara muslim kita di luar sana...FREE PALESTINE!



Kepada adik-adik dan generasi muda,  hayatilah erti kemerdekaan yang sebenarnya...jangan alpa dengan segala ke'merdeka'an yang dinikmati malah ada yang dicipta sendiri dengan lebih menggerunkan lagi.  Setiap hari di media cetak mahupun elektronik,  cerita bayi dibuang bagaikan sampah sudah menjadi berita wajib untuk kita...bagaikan tiada penamat.  Nampaknya kita belum merdeka lagi...masih dibelenggu dan dijajah dengan budaya hedonisme yang berpaksikan konsep kebaratan. Ya...dikatakan bahawa syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan ini dan adakah kita termasuk di dalam golongan yang seronok untuk turut bersama-sama syaitan yang dibelenggu itu?  Atau kita pula yang sukarela mengambil-alih tugas-tugas syaitan yang direjam?  Semuanya gara-gara tidak memelihara roh Ramadhan dan gagal menghayati  erti kemerdekaan yang sebenar.  Wallahu'alam.


Cuba baca berita di bawah ini :-
ARKIB : 30/08/2010

Bayi digantung pada tiang papan tanda

SHAH ALAM 29 Ogos - Masih ada pihak yang tergamak membuang bayi yang masih hidup - kali ini bayi lelaki, dipercayai baru dilahirkan dan ditemui dalam sebuah beg kertas serta digantung pada sebatang tiang papan tanda kira-kira pukul 5.30 petang ini.
Ketika ditemui di persimpangan lampu isyarat berhampiran kondominium Brunsfield di Seksyen 13 di sini, bayi malang itu masih bertali pusat.
Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, bayi itu ditemui oleh seorang lelaki tempatan dalam keadaan berbalut dengan kain batik.
"Polis dimaklumkan mengenai penemuan yang masih dalam keadaan sempurna malah, urinya masih terlekat," katanya kepada pemberita di sini lewat petang ini.
Berikutan penemuan itu, Azam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Kes ini, katanya, disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang bayi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

Hmmm...nampaknya entri saya kali ni agak serius sikit.  Ok lah mudah-mudahan sambutan hari kemerdekaan yang jatuh pada Ramadan al-Mubarrak 1431H ini akan beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.  Semoga para pemimpin negara kita diberi kebijaksanaan,  kesabaran dan petunjuk agar dapat memimpin Malaysia yang unik ini ke arah kecemerlangan.


"1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"

August 28, 2010

Fabrik Raya 2010

Nampaknya saya gagal mengawal nafsu bila masuk ke kedai kain.  Niat asal cuma nak belikan kain untuk dua orang anak dara saya tu aje.  Tup...tup...pandangan mata saya tetiba je berpinau bila tengok 'washable Korean silk'yang sarat dengan corak tu...hehehe.  Koleksi kain yang saya beli di Nan Yuan Textile di Kluang tu pun tak berjahit lagi...huhuhu.  Tapi takpe,  kain tak basi kan?...cuma bila dah digunting nak buat baju baru la ada basi...hehehe.

Inilah kainnya yang buat saya terkesima tu.  Dalam gambar ni tak berapa clear...kalau tengok life lagi cun...romba naala rake...amma!

Haa...yang ni untuk dua orang tuan puteri yang banyak songeh tu...Dina dan Haifa.  Kali ni si kenit Haifa berangan nak pakai baju raya macam kembar...katanya.  Jadi insyaallah...raya tahun ni kali pertama diorang pakai baju seragam...hehehe...mudah-mudahan sempatlah saya menyiapkannya.  Psst...kalau ikutkan hati,  yang ni pun saya nak rembat jugak...wah...tamak haloba betul!  Lepas saya gunting kain ni semalam,  rasa-rasanya dapat sehelai blaus untuk saya...ehem...itu pun kalau saya rajin...

Oppss...yang ni bukan saya punya tapi my Mr. T punya...nak buat kemeja gedik santai la tu. Boyfriend saya ni pun jenis pantang tok nenek bila tengok kain...orang kumpul stem buat koleksi...kitorang kumpul fabrik...hemm...lantak le...jadi puas hati.  Dah menjadi tabiat saya akan belek-belek stok kain saya sambil tersenyum sorang-sorang...berangan la konon nak cari ilham...hehehehh

Sebenarnya untuk baju Melayu Mr. T dan anak bujang nan seorang tu,  saya tempah aje...senang cerita sebab saya tak berapa rajin macam dulu...huhuhu. Harap-harap elok la jadinya semua baju tu nanti. 

August 21, 2010

Abstract Painting by Dina

This was done by my daughter,  Irdina Fitri last month...oil pastel  on drawing paper. I should frame the artwork kan?...sebab dia buat surprise untuk saya...ye la masa tu saya berkursus.  Balik je rumah dia hulur painting abstrak yang simple ni...hmm...I wonder la jugak,  mungkin berkesan kot sesi psikoterapi yang dijalankan masa berkursus aritu.  Agaknya gelombang tu sampai kat dia kot?...love you Dina.

No Title!

Tajuk entri ni No Title!...siapa kata tak ada tajuk?...hehehe

Sebenarnya tak ada apa sangat nak dikongsi kat sini...tapi saya terjumpa beberapa  visual yang diambil beberapa bulan lepas...ini hasil geledah saya pagi ni.  Sebenarnya masa tu saya tolong bagi idea pada anak dara saya untuk exam lukisan dia kat sekolah.  Ni kiranya buat rehearsal dulu la...kalau dulu saya tak berapa minat dengan lukisan corak yang kena cop dengan kentang,  batang pelepah pisang,  bendi dan sebagainya tu...leceh rasanya.  Tapi bila dah lama tak buat...tiba-tiba anak mintak tolong pulak...tak pasal-pasal saya yang syok mengecop...hehehe

Maaf la ya...kualiti gambar kurang memuaskan.  Semua ujikaji di bawah ni saya gunakan ubi kentang yang diukir...lepas tu touch-up dengan drawing pen.  Warna tu saya guna poster color anak saya je.  

Berkerut dahi anak saya...macam susah aje mama...kata si Dina...

 Mama kata...Dina,  esok boleh buat macam gini tak?  Dina pun...errrr...

Yang ni boleh?...mata Dina memandang ke atas dengan mulut  melopong...

 Ermmm...mama,  bagi yang simple je lah ...bukan yang macam ni...akhirnya Dina berkata-kata dan.....saya pun kembali sedar diri...heheheee

Lamanya ditinggalkan.....

Assalamualaikum...oh ya...salam Ramadhan al-mubarrak...lagi beberapa minggu dah nak raya...yeaa...syawal datang lagi,  insyaallah...mudah-mudahan kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambutnya bersama insan-insan tersayang.  Tapi sebelum tu pastikan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ni dapat disempurnakan supaya kedatangan Syawal menjadi lebih bermakna.

Hmmm...lama betul saya tak menjenguk blog rumah ni yang tajuk kat header tu memang perasan gila babas...ahahaha...bukan sikit punya lama ni,  habis bersawang dan berhabuk ...berapa inci punya tebal pun tak tau!  Itulah dia...selepas menarik nafas dalam-dalam dan menyingsing lengan baju sampai ke siku...saya kerjakan balik rumah yang tak berjenguk ni...adoii aii...naik kejang jari-jemari ni menyental...ye la kan,  nak rayalah katakan...rumah pun kena la make-up jugak...heeee...

Harap-harap lepas ni dapatlah saya jenguk rumah ni selalu... :-).

" SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA "
.....psstt...jangan berbuka sekarang pulak ya kecuali yang ehem ehem aje...tunggu azan maghrib dulu.

January 23, 2010

1932 - 2010.....pergimu tak kembali




Bismillahirrahmanirrahim...sebagai salah seorang anak kelahiran negeri Johor Darul Ta'azim, patik merafak sembah takziah kepada semua Kerabat DiRaja Johor di atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Al-Mutawwakil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Kehilangan Sultan yang tegas dan berjiwa rakyat ini pastinya turut dirasai oleh semua rakyat negeri Johor tidak kira di mana saja mereka berada.

Marilah kita doakan agar roh Almarhum Baginda ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman dan beramal soleh.....al-Fatihah...



January 10, 2010

AJL 24.....superb!

Woww...memang berbaloi menonggok depan tv malam ni tengok AJL 24! (Ehem2x...ni entri teruja wartawan hiburan tak bertauliah...tersesat kak kedai jahit Cik Bedah pulak dah!)

Apa pun akak tak kisah...yang penting nak layan jugak AJL ni. Opening aje dah mantap gila dengan performance yang meletop daripada DCT Nurhaliza dan LAN ex-MUH tu...memang superb!...DCT rock habis dan tetap anggun gitu. Lan yang sekarang ni asyik ke hulu ke hilir dengan mesin taip dia tu pun memang best...I loike!!!...haha...terlebih sudah. Keseluruhan AJL malam ni memang sangat menghiburkan dan bertenaga...masing-masing ada gaya tersendiri...semua perform bagus dan yang best sekali my favourite si Faizal Tahir tu...tetap memberikan persembahan yang mantap walaupun masih belum sihat sepenuhnya...sungguh tidak menghampakan peminat-peminatnya, dapat tempat ke-3 lagi dengan si Audi Mok tu...memang berbaloi nyanyi dengan tongkat tu weiii...stylo beb.

Tahniah jugak untuk Yuna sebab dapat jadi naib juara...suka dengan stail Yuna...suara pun unik dan persembahannya rileks, selamba dan cute. Untuk Aizat memang dia layak sebab lagu Pete Teo tu memang sedap...konsep persembahan dia pun memang kena dengan 1 Malaysia...syabas dan tahniah! Apa pun kalau dilihat balik semua pemenang bermula daripada vokal, persembahan terbaik sehinggalah kepada juara AJL 24 malam ni mungkin ada yang tak puas hati kan...yelah si Black dan Mr. Superman tu kan produk Media Prima...tapi mungkin kebetulan aje kan...lagi pun semuanya bagus-bagus, juri pun pening nak pilih yang terbaik...betul tak? Untuk itu tahniah kepada semua finalis AJL 24 yang telah membuat persembahan yang hebat malam ni!







Cikgu Haida @ Smocking Class - Part 3

Huhuhu...dah masuk 2010 baru nak sambung Part 3? Sungguh tidak efisien dan produktif...lemau sesangat...cerita basi dah ni...hihihi. Layan aje la...lagi pun esok saya akan jumpa diorang ni balik untuk kelas yang pertama di tahun ni...dah masuk semester tiga bebudak ni. Minggu lepas sakan mengemas setor dan kelas masing-masing. Jom la kita imbau kenangan baju smocking diorang yang dibuat tahun lepas ni...layannnn...





  

 
Ok gegurlz semua...esok jumpa ek...will start a new module tomorrow! Malam ni nak layan AJL dulu...sempat jugak cilok tengok Siti Nurhaliza dan Azlan & The Typewriter perform kejap tadi...WOWWW...best giler! Siti dapat sorang lagi duet partner yang mantap.