December 31, 2009

GOOD BYE 2009...



Salam Tahun Baru untuk semua. Berjumpa kita di 2010 untuk ucapan tahun baru setelah sekian lama menyepi di blog yang memang tak berapa nak meriah ni. Semoga tahun baru ini hidup kita akan menjadi lebih ceria dan bermakna, aman dan sentosa. Begitu juga dengan keamanan dunia sejagat dan tanah tumpah darah kita Malaysia yang tercinta. Semoga semuanya mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

SELAMAT TAHUN BARU dan selamat berhujung minggu untuk semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang sudi singgah sekejap di blog ni.


December 02, 2009

Cikgu Haida @ Smocking Class Part 2

Salam untuk semua. Maaf sebab ambil masa yang terlalu lama untuk update blog ni. Kadang-kadang rasa malas sangat nak masukkan entry yang baru. Nak mengedit gambar pun satu hal jugak. Nampak gayanya kenalah buat pelan-pelan. Ok la...kali ni saya nak kongsi aktiviti bersama student saya semasa di kelas. Projeknya ialah membuat gaun smocking kanak-kanak. Sekarang ni student saya sedang bercuti akhir semester...insyaallah akan berjumpa lagi di semester 3 tahun depan.

Kita tengok dulu beberapa contoh jahitan smocking yang telah dihasilkan mereka.


Yang ni hasil kerja Nazariah aka Kak Chik yang senyum memanjang je kerjanya...orangnya pendiam tapi sekarang dah pandai loyar buruk jugak...dialah Kak Long kat dalam kelas ni.


Ini pulak anak Wak Buniran punya.....siapa lagi kalau bukan si Fida yang selalu siap dulu bila buat kerja.


Yang warna biru tu dihasilkan oleh si anak dara yang namanya sama dengan nama saya...tapi dia ada Siti kat depan...Siti Norhaida namanya.


Tuan punya smocking ni kidal...saya pun ikut terkial-kial sama masa nak tunjuk cara nak jahit smocking ni. Syahidah namanya...budak Pahang yang kecil molek.


Haaa...ini si Aini yang buat. Suara dia mengalahkan saya tapi tak sangka pandai bernasyid rupanya dia ni.


Kalau sesiapa yang baru nak berjinak-jinak menjahit smocking, bolehlah cuba stail jahitan yang macam Ilme buat ni...ringkas je.

 
Ini pulak si Dina yang buat. Kira ok la sebab dah pandai guna mata jahitan double feather stitch (yang benang kuning tu) untuk smocking dia ni. Kalau tak biasa memang mengelirukan.


Student saya yang buat smocking ni suka sangat ketawa. Kena marah pun ketawa jugak. Si Mek Kelate ni namanya Radhiah.

Sebenarnya student saya kat kelas ni ada 13 orang. Kepada Baini, Shikin, Fatin, Eka dan Nadia tu janganlah jealous pulak eh? Nanti saya bagi can la pulak kat uols enterprem kat sini. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh student saya...walaupun selalu jugak makan hati dengan diorang ni tau...heheee.

Ok la tu...cukup dulu untuk hari ni. Nanti saya sambung lagi bila berkesempatan. Bye.