August 13, 2009

BAWAL OH! BAWAL

Sebenarnya sampai sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa kain tudung daripada fabric cotton voile ni dipanggil tudung bawal. Ada sesiapa yang boleh bagi penjelasan?
Oklah...kita tinggalkan persoalan tu dulu. Saya nak kongsi sikit pasal sulaman tangan pada tudung yang masih dalam proses pembikinan ni. Pertama sekali saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sorang Mek Kelate ni...office mate saya, panggilan manjanya Zon...ops! bukan zon selesa...tapi Azizon (jangan marah ek). Kain voile ni dia yang bagi kat saya...dekat setahun simpan. Masing-masing berhajat nak buat sulam tangan atas tudung tu tapi biasa la kan...perap dulu, nasib baik tak jadi pekasam.
Asalnya Cik Zon kita ni yang mula jahit tepi tudung, guna teknik sulam cabut tu. Berkobar-kobar dia menjahitnya...saya pun telan air liur le tengok member dah start projek. Ni tak boleh jadi...takkan nak biarkan kain ni terperap je...kang tak berbaloi pulak Cik Zon bagi kain tu kat saya...tak mendatangkan hasil langsung...segan la pulak kat member. Apa lagi, saya pun dengan langkah yang penuh sopan-santun dan terhegeh-hegeh tu pun menyahut cabaran Cik Zon kita ni.
Akhirnya inilah hasilnya sulaman tangan saya yang serba ringkas dan masih dalam proses lagi. Tak taulah bila boleh siap, maklumlah menyambil. Benang sulam tu pun stok zaman Tok Kaduk lagi. Ada yang saya beli kat kedai barangan terpakai Abang Din kat kampung saya di Paloh Johor tu...dah bertahun jugak le saya simpan. Kedai Abang Din tu pun dah takde sekarang ni.
Apa pulak ceritanya dengan tudung Cik Zon kita ek? Itu kena tanya dia...apa-apa pun jangan berputus asa wahai sahabatku...teruskan perjuangan!

Saya guna teknik jahitan Bullion Knot yang dililit 20 kali pada jarum pakai 4 lembar benang sulam untuk bunga pecah 5 ni. Sulur pautnya pulak pakai teknik paling sempoi iaitu teknik jelulur halus/pendek...omputih kata running stitch.

Motif bunga tiga serangkai yang ringkas, saya combine color kelabu cerah ala2 silver untuk bagi kontras kat color purple gelap tu...ulang teknik sama je cuma bilangan simpulannya 15 kali pakai 3 lembar benang dengan saiz jarum yang kecil sikit.

Mmm...saya bercadang nak selang-selikan motif bunga ni dengan motif bunga tiga serangkai kat atas tu. Nak buat bunga ni lagi senang...yang penting tahu macam mana nak jahit lazy daisy stitch ni. Daun tu pun saya guna teknik sama. Kedua-duanya saya gunakan 2 lembar benang sulam.

Haa...inilah dia bunga tiga serangkai yang dah saya siapkan. Manik mutiara purple tu saya tambah untuk membangkitkan seri sulaman ni. Ini baru satu set...ada banyak lagi nak disulam ni...atau mungkin saya kena tukar plan kot?...huhuhu
Apa-apa pun tunggulah the finished product tu nanti...bila agaknya ek?



No comments: