June 11, 2009

SELAMAT DATANG KE DUNIA JARUM DAN BENANG!

Lakaran untuk sampel jahitan sulaman tangan saya.
Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada sesiapa sahaja yang sudi singgah ke blog ini. Sebenarnya niat saya untuk membuat blog yang ada kena-mengena dengan minat dan pekerjaan saya ni telah berputik sejak awal tahun lepas lagi. Saya mulakan langkah dengan mendaftar di blogger.com. Siap beli buku lagi. Kemudian saya explore sendiri sampai terhasilnya blog pertama saya iaitu E-DA here&there. Itu pun baru dapat direalisasikan tahun ni setelah sekian lama terperap begitu saja. Lepas dah pandai dan terer sikit (kononnya) barulah saya develop my second blog ni.

Setiap orang mesti ada tujuan tertentu di dalam menghasilkan blog masing-masing. Bagi saya, kedua-dua blog ni saya jadikan sebagai satu medium untuk rehatkan minda saya je. Lagi pun saya bekerja dan sudah tentu saya tak ada banyak masa untuk memasukkan posting dengan kerap. Kalau nak kata blog syok sendiri ke apa, saya tak kisah. :)

Blog E-DA sew beautiful ini saya dedikasikan kepada emak saya yang selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaan saya semenjak kecil hinggalah sekarang ni. Begitu juga dengan suami yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, tak lupa juga untuk anak-anak yang dikasihi, adik-beradik dan rakan-rakan semua.

Melalui nama blog ini, saya rasa ramai yang dapat menelah apakah bentuk-bentuk posting yang bakal dimuatkan ke dalam blog ini kan? Ya...betul tu. Saya akan memuatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan bidang jahitan dan yang sewaktu dengannya. Cuma saya bukanlah pakar di dalam bidang ni...masih lagi tercari-cari. Sekiranya anda ada idea dan ilmu yang boleh dikongsi bersama...kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan...anda dialu-alukan kerana...ilmu itu adalah perkongsian dan untuk disebar-sebarkan...betul tak?

Oleh itu saya ucapkan SELAMAT DATANG KE DUNIA JARUM DAN BENANG SAYA!

Lakaran untuk sampel jahitan sulaman tangan saya.

No comments: